Wednesday, August 12, 2015

Filled Under:

Wow ! Wajah Terbaru Dewi Remaja Ada 9 Orang Memang Lain Lah Wanita Berumur Sangat Cantik


9 Pemenang Utama Pertandingan Dewi Remaja 1985 - 2015..!!! 
Pencarian Dewi Remaja Merupakan pertandingan kecantikan gadis remaja Malaysia yang dianjurkan oleh majalah Remaja terbitan kumpulan Karangkraf. Pertandingan ini selalunya di selang seli dengan pertandingan untuk versi lelaki iaitu Hero Remaja.

 Jadi jom kita imbas senarai pemenang-pemenang dan bintang yang dilahirkan dari siri Pencarian Dewi Remaja dari awal penganjurannya di tahun 1985 sehinggalah sekarang... 


Edisi 1 - Pencarian Dewi Remaja 1985/1986
Pencarian dewi remaja yang pertama dianjurkan adalah di tahun 1985 lebih kurang 20 tahun yang lalu 

Paling kiri - Sharifah Sheril Aida, bekas penyanyi, ibu saudara kepada Scha Al-Yahya (Juara Dewi Remaja 05/06) No. 2 dari kiri - Rehana Yasin, pelakon Gila-Gila Remaja bersama Faizal Hussein

Tengku Anis - Pemenang Pencarian Dewi Remaja yang pertama di tahun 1985 / 1986 
Sehingga kini kejelitaan Tengku Anis tetap terserlah walaupun sudah hampir 28 tahun kenangan itu berlalu. 


Edisi 2 - Pencarian Dewi Remaja 1987/1988
Atas sambutan menggalakkan, pencarian dewi remaja diteruskan di tahun 1987 dan telah menobatkan supermodel Aleeza kassim sebagai pemenang.
Paling kiri - Sharifah Shawati, pembaca berita TV3
nO 2 dari kiri - Mimi Wahedah, model
nO 4 dari kiri - Lily Patra, pelakon
nO 6 dari kiri - Aleeza Kassim, pelakon (pemenang Dewi Remaja tahun tuh)
nO 10 dari kiri - Azah Aziz, pelakon (kini menetap di Perancis)

 Pemenang utama pencarian Dewi Remaja 1987

Aleeza Kassim - pemenang pencarian dewi remaja 1987 / 1988
kalau dilihat, Aleeza kassim tampak jauh berbeza dari penampilannya sewaktu menyertai pertandingan dahulu tapi masih gorgeous.

Teruskan Selongkar...


Pencarian Dewi Remaja 1990/1991
nO 3 dari kiri - Kuza, pelakon
nO 4 dari kiri - Umie Aida, pelakon & penyanyi (ketika tuh pakai nama Ermie Zura dalam Dewi Remaja)
nO 6 dari kiri - Jasmeen Dhillon, pemenang tahun tuh
nO 7 dari kiri - Irene Santiago, model
nO 8 dari kiri - Ogy Ahmad Daud (Kak Ogy), pelakon, penyanyi, pengacara, mentor
nO 9 dari kiri - Jasmin Hamid, model, pelakon yang masih hot (masa ni dia umur 17 tahun)
nO 13 dari kiri - Roslinda Rasul, bini Joe Wings

Sofea Jane (paling kanan), Jasmin Hamid (Dua Dari kanan), Umie Aida (Tiga dari kanan) dan Ogy Ahmad Daud berbaju kuning 

Finalis sewaktu berentap di final Pencarian Dewi Remaja

Jasmeen Dhillon  pemenang pencarian dewi remaja 1990 / 1991 menewaskan peserta lain.


Edisi 4 - Pencarian Dewi Remaja 1994/95

Wan khatijah, Wanita kacukan Melayu dan Perancis ini merupakan pemenang utama Pencarian Dewi Remaja keempat bagi sesi 1995/1996. Anak kelahiran Terengganu ini, kemudiannya mula mendapat perhatian dalam industri seni tempatan ke dunia modeling, pengacara tv rancangan dan turut melibatkan diri di dalam bidang lakonan.
  • Wan Khatijah (pemenang) - pelakon
  • Rozita Che Wan (pemenang Jun, tarik diri di final) - pelakon

Edisi 5 - Pencarian Dewi Remaja 1997/98
Jualiana Banos sewaktu ditabalkan sebagai Dewi Remaja 

Juliana Banos, kacukan Melayu, Perancis dan Sepanyol ini merupakan Pemenang Dewi Remaja 1997 / 1998 - Juliana Banos bergiat aktif dalam bidang nyanyian dan sempat merakamkan beberapa buah album selepas disambar syarikat produksi ternama KRU Record. Juga pernah berlakon dalam filem filem Gila-Gila Pengantin dan filem Gerak Khas The Movie II. 

Peserta lain
  • Juliana Banos (pemenang) - penyanyi & pelakon
  • Rita Rudaini - pelakon
  • Julia Hana - pelakon
  • Wardina Safiyya - pengacara, pelakon
  • Azlina Aziz @ Mimie Aziz - model
Edisi 6- Pencarian Dewi Remaja 2002/03
  
Annahita Bakavoli pemenang Pencarian Dewi Remaja 2002 / 2003
Berasal dari Pulau Pinang. Annahita berketurunan campuran Melayu dan Parsi.  Merupakan pengacara rancangan Hits 1 dan rancangan sihat jelita malah turut berlakon dalam siri sitkom popular Spanar Jaya.

Peserta lain
  • Annahita Bakavoli (pemenang) - pelakon & pengacara
  • Pushpa Narayan (tempat kedua) - pelakon , finalis Miss Malaysia Universe 2004 (no 2)
  • Siti Fazurina - pelakon, pelawak
  • Zarynn Min - pelakon
  • Nadia Danish Hanif - kakak kepada pelakon Nora Danish
  • Wawa - pembaca berita NTV7
  • Loo Mei Lin - finalis Miss Malaysia Universe 2004 (no 3) 

    Edisi 7 - Pencarian Dewi Remaja 2005/2006

    Scha Al Yahya Sewaktu di Crown sebagai Dewi Remaja 2005/ 2006

    Cover Remaja selepas Scha Al-Yahya menjuarai pertandingan Dewi Remaja

    Mula dikenali selepas lakonannya dalam drama bersiri Awan Dania mula menarik perhatian ramai peminat seni. Siapa sangka, personaliti bersahaja Scha berjaya menambat juri untuk dinobatkan sebagai pemenang.

    Peserta lain
    • Sharifah Nor Azean Syed Mahadzi atau Scha Al Yahya (pemenang) - pelakon, isteri Awal Ashaari
    • Ivy Lee (tempat kedua)
    • Izreen Azminda (berkongsi tempat ketiga) - pelakon
    • Nicolita Sanseh (berkongsi tempat ketiga)
    • Wan Hasaida (Dewi Persahabatan & berkongsi tempat ketiga)
    • Rebecca Nur Islam (Dewi Favourite)

    Edisi 8 - Pencarian Dewi Remaja 2009/10 
    Pencarian dewi remaja diteruskan pada tahun 2009 dan 2010. Menyaksikan peserta favourite Anzalna tidak terpilih sebagai top 5 di malam Finale
    Senarai peserta Finalis Dewi Remaja 2009 / 2010

    Neelofa sewaktu dicrown sebagai pemenang

    Neelofa - Pemenang Pencarian Dewi Remaja 2009 / 2010

    Berasal dari kelantan, Bintang Neelofa terus terserlah apabila mendapat pelbagai tawaran sebagai seorang pelakon, pengacara dan model iklan. 

    Antara drama lakonannya ialah Kasih Najihah, Tahajud Cinta, Kitab Cinta, dan Jiwa, Lara dan Kau Yang Terindah. Filem lakonannya ialah Azura, Hantu Kapcai, Lemak Kampung Santan, SAM dan Taiko.


    Peserta lain 
    • Neelofa (pemenang) - pelakon & pengacara
    • Izara Aishah (tempat kedua) - pelakon
    • Shangkaree Nadarajan (tempat ketiga) - finalis Miss Malaysia Universe 2014
    • Anzalna Nasir - pelakon
    • Zarina Jamalullaill - pelakon
    • Siti Azar Ameerah - pelakon
    • Mas Hazirah @ Iraa - pelakon
    • Anis Al- Idrus - pelakon
    • Ramona Ros Qadira @ Ramona Zamzam
    • Mia Ali
    • Syatilla Melvin - adik Syafiqah Melvin (Gadis Melayu)-pelakon
    • Hafizah @ Fizz Sulaiman
    • Nadiey Hana

     Edisi 9 - Pencarian Dewi Remaja 2014/2015
    Tanggal 24 mei 2015 lalu telahpun berlangsung acara finale Pencarian Dewi Remaja 2014/2015 bagi menobatkan dewi remaja yang baru dan telah menobatkan Raysha Rizrose, adik kepada pelakon Nelydia Senrose

     Para pemenang di malam Pencarian Dewi Remaja 2014 / 2015



    Raysha Rizrose dinobatkan sebagai pemenang Dewi Remaja 2014/2015 di usia 18 tahun ~ Peserta termuda di pentas Dewi Remaja kali ni.


    P/S : Tahniah diucapkan kepada semua pemenang ~ Smoga Pertandingan Dewi Remaja terus successs




    1 comments: