Monday, August 10, 2015

Filled Under:

Terkini ! Inilah Luahan Anak Perempuan Pegawai SPRM, Eila Bahri, Yang Bakal Buat PM Najib TERSENTAP !!!

 Dipetik dari facebook eila bahri :-




Dalam status penuh emosi di laman Facebooknya, Eila Bahri berkata selama 33 tahun berkhidmat bersama SPRM atau dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah, bapanya menjalankan tugas dengan penuh amanah dalam mencari pesalah yang menggunakan wang rakyat.
Gadis itu berkata, oleh kerana amanah yang dipikul bapanya, menyebabkan ahli keluarga juga turut terkena tempias.
“Ayah saya, Bahri Muhamad Zin, dah almost (hampir) 33 tahun berkhidmat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Berpuluh tahun dia bekerja jalankan amanah rakyat siasat dan tangkap malaun-malaun yg suka sangat bedal duit haram (hak rakyat).
“Beratus juta juga beliau dan jabatan berjaya selamatkan dari hilang ke tangan tahi. Selama dia bekerja sbgai Pegawai SPRM, kami sebagai ahli keluarga constantly kena ugut, kena santau, kena kacau, kena pulau, kena herdik dan sebagainya,” katanya memetik daripada laman Facebooknya hari ini.
Meskipun dengan segala ugutan yang diterima, Eila berkata bapanya tidak pernah mengalah dan sering kali menyatakan :”Biar dibuang oleh dunia kerana mempertahankan kebenaran dari dijulang kerana kebatilan. Hidup ni, bukan nak tongkat langit, tapi nak cari sebanyak mana sebab untuk Allah reda,” katanya.
Menceritakan keperibadian Bahrin, Eila mengakui bapanya seorang yang amat tegas terutama dalam hal agama dan ini diterjemahkan dalam bentuk didikan kepada anak-anaknya.
Kata Eila, tidak seperti anak kecil yang lain, mereka tidak pernah dikenalkan dengan cerita fantasi kanak-kanak seperti Cinderella namun sering kali ditekankan mengenai kisah-kisah nabi.
“Ayah saya mmg tegas especially (terutama) bab2 agama dan hak orang ni. Sebelum kami ke sekolah kenal ABC dari guru2 kami, dia dan chek (ibu) adalah guru pertama kami. Ayah sendiri yg ajar anak-anak dia mengaji, ceritakan kisah serikandi-serikandi, sahabat-sahabat, sirah dan sebagainya.
“Malah masa kami mula-mula nak belajar bercakap, kami tidak pernah dikenalkan kpd cinderella, tapi kami tahu betapa iblis sangat takut pada Umar Al-Khattab. Bukan nak bangga tapi kami tahu siapa Bahri Muahamad Zin dari kami lahir lagi. Jadi kami tahu bila dia cakap dia akan buat betul dia akan buat,” tulisnya.
Menurut Eila, sifat dan kepakaran Bahri yang cukup mahir dalam 3 perkara iaitu agama, mencari kebenaran dan menanam pelbagai pokok.
Dengan nada menyindir ,Eila berkata pertukaran bapanya membangkitkan persoalan apakah tugas yang akan diberikan kepada Bahrin menggunakan 3 kepakaran itu.
“Saya bukan nak cerita pasal family (keluarga saya, tapi saya nak cakap sepanjang saya hidup sebagai anak Bahri ni, saya tahu dia cukup pakar dalam 3 benda sahaja – 1) mengajar menyampai tentang agama, 2) siasat, kantoikan dan tangkap orang jahat, 3) tanam bermacam jenis pokok.
“Jadi bila dia dipindahkan ke JPM, saya mula terfikir, apa benda yang korang nak dia buat sebenarnya – 1) ajar orang kat JPM tentang agama ,2) tanam pelbagai jenis pokok kat JPM dengan harapan hasil boleh bayar bil rumah pembesar or (atau) 3) lagi banyak korang nak dia kantoikan korang?
“Whatever it is,(apa pun) saya bukanlah pandai bab susun atur dalam pentadbiran. Cuma nak cakap, selagi xlepas soal kubur, selagi tu roh xleh naik ke langit.. So, good luck with that.
“Kepada ayah, xpelah yah… ok what, baca paper kat JPM.. ayah dah lama pun bekerja.. last orang ckp ayah keldai TUUTTT juga.. (ayah pun jawab, Allah ada),” katanya.
Selain Bahri, Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob dipindahkan kerana “isu disiplin” berkuat kuasa serta merta.
Pemindahan mereka dibuat tidak lama selepas 7 pegawai SPRM disoal siasat, pejabatnya diserbu 2 kali dan 2 daripada pegawainya ditahan semalaman oleh polis dalam tempoh seminggu
SPRM sedang meneliti SRC International Sdn Bhd, sebuah syarikat yang sebelum ini dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan ketika ini di bawah Kementerian Kewangan.
Berkata kepada The Malaysian Insider, Rohaizad berkata belia tidak dimaklumkan mengenai pertukarannya itu terlebih dahulu.




2 comments: