Wednesday, August 12, 2015

Filled Under:

(Mesti Tahu) Tanggungjawab Anak Terhadap Ibu Bapa Yang Sering Diabaikan !!


"Keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa,dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa"

Ibubapa mempunyai kedudukan yang tinggi lagi mulia di sisi Allah swt.Merekalah yang menjadi sebab kelahiranya anak-anaknya. Mereka lah yang memelihara, mengasuh serta mendidi anak-anak itu dengan sempurna, termasuklah makan minum, pakaian, lindungan dari segi keselamatan serta kasih sayang. Segala pengorbanan kedua ibu bapa terutama ibunya tidak ternilai besarnya jika hendak di balas. Jasa ibubapa adalah amat banyak.


Tanggungjawab anak kepada ibubapa:


1- Hendaklah berkata-kata kepada ibubapa dengan kata-kata sopan,hormat dan berbudi bahasa yang halus.

2- Gaya si anak di hadapan ibubapa sentiasa merendah diri,penuh hormat seumpama seekor burung mengembangkan kedua-dua sayapnya untuk melindungi anaknya.Gambaran ini anak melindungi ibubapa bila ibubapa sudah lanjut usia dan wajib taat kecuali dalam perkara maksiat.


3 - Adalah menjadi bakti seorang anak mendoa mereka supaya Allah mengurnia nikmat dan rahmat selama hidup.Suruhan mendoa sekiranya ibubapa Islam dan di harus mendoa ibubapa walaupun kafir jika doa memohan kepada Allah memberi hidayat dan petunjuk agar kedua ibubapa memeluk Islam.


4- Tidak memotong percakapan mereka ketika mereka sedang bercakap


5- Meminta izin untuk keluar kerana urusan luar supaya mereka tidak risau kehadiran anaknya balik




Kelebihan berbakti kepada Ibu bapa:



1-Riwayat:Bahawa seorang laki-laki datang kepada Rasulullah SAW untuk membenarkan Rasulullah berperang bersamanya,maka sabda Rasulullah:
"Adakah kedua-dua ibu bapamu masih hidup?Dia menjawab,ya.Nabi bersabda:Maka kepada kedua-duanyalah hendaknya engkau berjihad"


2-Riwayat Imam Muslim,Nabi sabda:
"Tidak dapat anak membalas jasa bapanya,melainkan jika ia mendapatkannya menjadi hamba sahaya lalu dibelinya serta dimerdekakannya".


3-Jasa ibu kepada anaknya besar dan amat di tuntut anak berbakti kepada ibunya.Sebab dengan berbakti pada ibubapa di masukkan ke dalam syurga
Sabda Nabi:


"Syurga di bawah tapak kaki ibu".


4-Namun begitu tidak pula mengurangkan kelebihan seorang ayah.Nabi bersabda:


"Bapa merupakan pertengahan pintu syurga,oleh sebab itu peliharalah dia kalau engkau suka atau engkau persia-siakan pula ia?


5-Tindak tanduk manusia kepada Allah di ukur dengan perilaku kepada ibubapanya.Sabda Rasulullah SAW:


"Keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa,dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa"


6-Kebaktian pada ibubapa bukan sahaja di dunia bahkan sesudah mereka meninggal.Empat perkara yang terus menerus berbakti anak kepada ibubapanya:


a- Menyembahyangkan kedua-duanya


b- Memohon ampun kedua-duanya


c- Melaksanakan apa yang menjadi tanggungan kedua-duanya.


d-Menghormati sahabat keduanya,menghubung silaturahim yang tidak ada hubungan melainkan disebabkan kedua-duanya dahulu menghubungkan.




Ciri-ciri Anak Derhaka:


1- Melahirkan kata-kata tidak sopan walaupun hanya menutur perkata "cih" kepada ibubapa kerana amalan demikian merendahkan kehormatan mereka dan menyebabkan hati mereka sakit


2-Menengking dan mengasari kedua mereka.Kalau "cih"melahirkan rasa tidak senang hati di larang,maka menengking adalah penentangan atau melawan lebih-lebih lagi di larang


3- Memanggil namanya dengan mengeras suara melebihi suara ibubapa dan membeliakkan mata.


4- Memandang rendah terhadap mereka ketika bercakap


5-Berasa malu untuk diperkenal pada ibubapa terutama apabila si anak mermiliki kedudukan tinggi.


6-Enggan bangun untuk menghormati ibu bapa.


Menjaga ibubapa yang sudah tua bukan mudah.Bila usia ibubapa lanjut menyebabkan pergerakan mereka terbatas bahkan ada yang memerlukan bantuan dari anak.Ada sesetengah ibubapa yang sensitif,kuat terasa hati dan cerewet.


Ada sesetengah ibubapa yang kurang ingatan(lemah ingatan) menyebabkan anaknya hilang sabar.Namun begitu kesabaran anak menjaga ibubapa tidak sia-sia walaupun dalam berbagai suasana,sebenarnya anak-anak menempah tiket ke syurga kerana hendak masuk syurga penuh dengan ranjau dan kesukaran.




Berhati-hatilah bagi anak yang perrnah melukakan hati ibubapa mereka kerana ia haram di sisi Allah dan di hina di dunia dan akhirat. Dan Allah mempercepat balasan-Nya di dunia.
Jangan kerana perbuatan anak menyebabkan mendoakan keburukan terhadap anak.Nabi pernah bersabda:
Tiga jenis doa yang pasti akan dikabulkan tanpa diragui lagi,doa orang yang dizalimi,doa orang yang sedang dalam perjalanan(musafir)dan doa orang tua ke atas anaknya.'-Riwayat Imam Al-Tirmizi.




Kesimpulannya:
Secara realiti,setiap manusia sememangnya tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan,namun seseorang itu harus menebusnya daripada menerus perbuatan tersebut dengan benar-benar bertaubat kepada Allah.




0 comments:

Post a Comment